Berikut adalah pengambaran pertama untuk event perlumbaan kereta kawalan jauh. Oleh kerana aku tidak mengambil bahagian, jadi aku manafaatkan segala masa yang ada. Coconut Challenge adalah pertandingan perlumbaan buggy berskala 1/10 berkuasa elektrik. Difahamkan kereta kalawan jauh buggy elektrik akhir-akhir ini kehilangan peminatnya akibat tiada pertandingan tahunan diadakan. Usaha kedai RC Planet cuba mengembalikan porpulariti kelas ini menampakkan hasil yang sangat positif. Ramai-ramai muka-muka baru dan lama beraksi merebut kedudukan yang paling baik. Diadakan pada 15 Januari yang lalu bertempat di litar offroad RC SS19 Subang Jaya betul-betul menguji kelajuan shutter speed Canon EOS 7D aku, fuh!
Selamat tahun baru 2012. Makin tua, makin tertambah perkara.
Azam baru tahun ini mahu mengembara seluruh kawasan di Malaysia menceritakan dari satu sudut yang berbeza. Berikut gelagat mula di tahun baru di hari pertama.
Lagi sepupuku berkahwin. kali ini giliran Marinee, sepupu sebelah ibuku. Kali ini juga bukan sebagai jurufoto rasmi. Berlangsung di dewan utama Wisma MBSA, Shah Alam, persandingan bersama suami tercinta, Izman berlangsung dengan amat lancar. Jumlah kerabat sepupu-sepapat sebelah ibuku sangat ramai, maka kesempatan itu aku memfokuskan merakam semua senyuman mereka. Majlis ini ku anggap sebagai perapat silaturahim antara keluarga. Selamat pengantin baru kepada Marinee dan Izman, selamat menempuh saat bahagia berumah tangga.
Pohon patik menyiarkan gambar-gambar permaisuri disini…
Sekembalinya dari Pulau Pinang. Tujuan asalnya untuk menghadiri kenduri perkahwinan saudara di Bukit Mertajam. Masa yang terhad sangat mengecewakan dengan tidak dapat mengabadikan gambar-gambar menarik disana. Waktu cuti sekolah, kesesakan jalan raya dimana-mana sahaja. Ditambah pula cuaca yang sering hujan. Pesembor pun tidak sempat rasa. Aku akan kembali ke Pulau Pinang untuk melakarkan sesuatu kelak.
Terima kasih kepada Pak Teh dan Mak Teh ku menyediakan penginapan yang cukup selesa buat keluargaku.
Asrul adalah rakan sekerjaku di Hospital Kuala Lumpur. selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Harlinna di Kg. Dato Harun, Petaling jaya. Selamat menempuhi alam rumahtangga. Simpan time-off, nanti ada anak mahu bawa pergi check up
Selamat pengantin baru kepada satu-satunya adik perempuanku, Siti Nurul Baya dengan pasangannya Saiful Nizam pada 29 Oktober 2011 yang lalu. Aku bukan sebagai jurugambar rasmi, ini kerana kenduri menjemput menantu di kampungku ini dibuat bergotong-royong, jadi ‘manpower’ amat-amat diperlukan. Tugas jurugambar diserahkan kepada sepupuku sendiri, Azlan Abdul Ghafar. Aku hanya memperbetulkan warna dan menyediakan custom album istimewa untuk pasangan pengantin.
Moga kekal ke anak cucu
Canon EOS 300D, 18mm focal length, 1/25s @ f/5; IS0 800
Ini sebuah gambar lama. Diambil sekitar 2006 di Johor Baharu. Persembahan kugiran adikku sendiri digelar Nostalgia. Tahun awal aku menceburi bidang fotografi digital. Terkenang kembali EOS 300D yang mungkin sudah sukar untuk dilihat sekarang.
p/s: zaman anak liar
Canon EOS 7D, 17mm focal length, 1/30s @ f/4; 1S0 6400
Tiap-tiap hari raya Aidilfitri dan Qurban, ibuku tidak pernah ketinggalan membakar lemang. Teknik dan kemahiran yang diwarisi dari arwah nenekku. Aku dan adik beradik hanya tahu membakarnya, mungkin satu hari nanti kami akan mempelajari untuk diwarisi generasi seterusnya.
| Huzaiba on Marinee & Izman | |
| Reds on Marinee & Izman | |
| Huzaiba on Nostalgia | |
| mail lipis on Nostalgia | |
| huzaiba on Nostalgia | |
| Mohd Hafiz on Nostalgia | |
| huzaiba on Fazrol & Hamima |
Blog di WordPress.com. Theme: Nishita by Brajeshwar.